Payarama Putih Awang Damit Ahmad Solo Exhibition for Barehand Program 2017



Payarama Putih 
x2w: Exploration and experiment white painting 
Lut Cahaya TRANSLUCENT



Explorasi dan experimen white (x2w) adalah siri karya putih Awang Damit Ahmad yang telah bermula sejak 1997, yang beliau menamakannya sebagai ‘Payarama Putih’. Menurut beliau, kajian ini ialah kajian rehat atau kajian santainya, namun ia penuh dengan makna dan cabaran yang tersendiri. Selain itu, ia juga menunjukkan sifat sensitiviti beliau terhadap kesan persekitaran dan perubahan waktu dalam proses karyanya. Melihat kepada siri karya ini, persoalan kepada ‘what’ dan ‘how’ akan tercetus diminda kita, kemudian cetus persoalan ‘why’ wujud karya tersebut, yang mana dalam kita cuba menghayati makna dan kaedah explorasi dan experimentasi ini. Menurut Jennings (2008), putih merupakan warna yang sangat unik dan unmixable color. Ia mempunyai qualiti warna yang unik dengan opacity yang baik dan pengandun (mixer) yang sangat baik dalam memberikan tonasi, tints dan juga warna yang tahan lama. Unmixable color, dimana ia tidak terhasil dari warna yang lain tetapi membantu warna yang lain dalam pergerakan intensity warna.  

Warna putih juga memberi expresi cahaya yang sangat kuat di atas palette, yang kebiasaan diperlukan untuk media seperti oils, acrylics, dan gouache. Namun, penjelasan makna diatas adalah sangat asas dan general dalam menyikap makna karya putih Awang Damit ini. Bagi siri putih ini, pemahamannya luar dari kotak kebiasaan yang perlu kita ketahui, ia perlu difaham bukan sekadar media atau warna yang unik tetapi ia melangkaui dari apa yang dilihat secara visual.
            
Putih disini bukan sekadar perubahan warna yang berlaku antara cahaya malah ia merupakan perubahan dan kesedaran spiritual yang terkait dalam diri Awang Damit dalam berdepan dengan persekitarannya. Seperti ayat (An-Nur) lapisan yang berlapis lapis, itu adalah riaksi beliau dalam melihat kesan cahaya dimana ia memberi gambaran yang tiada henti dimana wujud kepelbagaian possibility yang ada di dalam cahaya itu. Ayat tersebut mempunyai kaitan yang sangat terkesan dalam karya putih ini, beliau cuba mencari kewujudan kepelbagaian yang ada didalam warna putih apabila ia berinteraksi bersama cahaya. Kerana cahaya dan warna putih memberi expresi yang sangat kuat. 

Kesedaran secara tidak terduga ini telah bermula dengan karya Cahaya Terang / Bright Light pada tahun 1997 lagi, ketika persekitarannya berada dikedudukan waktu dhuha dimana cahaya terang dan cerah, telah mencetus gambaran translucent    padanya. Dari segi rohaninya ia seolah cahaya menerangi kebuntuannya seperti ayat dhuha. Ia memberi petunjuk kepada kebingungan manusia mencari jawapan disetiap kebuntuan, dan ini dirasai oleh beliau secara langsung mahu pun tidak langsung.

Cahaya Terang (Bright Light) Mixed Media on Canvas yang berukuran 183cm x 153cm dihasilkan pada 1997 dimana cahaya matahari memancar menerangi alam sekeliling. Ia seolah - olah jentikan yang Maha Esa untuknya melihat satu petunjuk kepada kesan interaksi cahaya kepada persekitaran. Dalam surah Dhuha tersebut, ada dijelaskan tentang petunjuk kepada umatnya yang dalam kebingunan dan buntu bagi mencari sesuatu jawapan. Ini mungkin membawa Awang Damit kepada pencarian makna dan possibility untuk beliau memperolehi satu pengalaman baru ketika berinteraksi dengan persekitarannya. Kalau dilihat dengan jelas, koleksi experimen ini kelihatan beliau seperti merelakan alam sekelilingnya untuk menjadi sebahagian dari catannya. Seperti kewujudan fungus, kesan – kesan cahaya panas dan sejuk, basah mahu lembab dan juga ketebalan bahan sehingga menghasilkan sifat fizikal yang menyebabkan secara langsung bentuk fizikal di atas permukaan canvas tersebut terwujud bayang – bayang pada permukaan canvas beliau. Disini mungkin memberi petunjuk dalam pencarian yang bersifat translucent tersebut.

Jelas kelihatan pengalaman beliau dengan persekitaran membawa beliau kepada kewujudan elemen - elemen baru dalam praktisnya. Dan juga elemen - elemen baru dalam dirinya sebagai seorang manusia dalam keaadaan yang terang lagi terang. Seperti ayat yang dipetik dalam surah An – Nur tersebut, cahaya berlapis – lapis membawa kepada satu arah tuju terhadap makna translucent bagi penjelasan makna lapisan dalam warna putih itu apabila ia bertindak balas dengan cahaya. Namun dalam mencari jawapan kepada penjelasan yang tersirat bukan wujud sekelip mata, ia memerlukan satu perjalanan dan satu process yang panjang tetapi yang pasti prosesnya berlapis – lapis. Dalam pencarian makna atau jawapan, beliau tersentuh apabila pengalamannya melihat hasil karya bekas pelajarnya dengan aplikasi bahan – bahan seperti fiberglass, matte finish material dan sebagainya, bagi mengenal pasti bahan yang dapat memperjelaskan makna yang translucent itu.

Walaupun, perjalanan karya Awang Damit menjangkau beberapa dekad, passion beliau dalam mencari jawapan kepada persoalan makna dan elemen baru sangat segar. Beliau terus menerus mengkaji kebarangkalian yang memberi jawapan kepada persoalannya. Begitu juga yang dapat dilihat dalam kesemua karya putih ini. Ia berdepan dengan process penghasilan kesan – kesan accidental yang sangat bersahaja. Keadaan ini menjelaskan sifat genuine yang wujud dalam karyanya menjadikan kekuatan garisan dan kesan media yang wujud mempunyai struktur yang tidak dapat dirobohkan.

Serapan pengalaman beliau dengan persekitaran tidak dapat  diduplikasi kerana sensitiviti yang wujud dalam dirinya tidak boleh dicetak oleh teknologi namun boleh menjadi inspirasi buat teknologi dalam menghasilkan bentuk. InsyaAllah


“..Cahaya di atas cahaya (berlapis – lapis)...” Al-Nur,35

“...Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang kebingungan, lalu dia memberikan petunjuk...” Al – Dhuha,7


SuhanaNordin 26/4/2017



Katalog pameran Payarama Putih untuk program BareHand 2017 




 






























Comments

Popular posts from this blog

Rumah Tradisional Melayu Rahsia Sebalik Ruang

Chasing A dream